Thursday, May 28, 2009

jasli
http://yahoo

Blog rakan-rakan saya
banu
http://yahoo.com

Gambar terbaru


Ini lah gambar terbaru saya yang diambil di dalam hutan. Sesiapa yang berminat boleh lan menghubungi saya

Berita Baik Untuk Penguna Keretapi

28 May 2009

Tambang Keretapi Naik Bulan Depan..
KTMB naikkan surcaj 15 Jun

KUALA LUMPUR 27 Mei - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan mengenakan surcaj RM2 hingga RM3 kepada setiap penumpang berkuat kuasa pertengahan bulan depan.
Pengarah Urusan KTMB, Datuk Abd. Radzak Abd. Malek berkata, kenaikan itu terpaksa dilakukan berikutan langkah syarikat itu untuk penambahbaikan perkhidmatan.
''Kenaikan surcaj itu tidak melibatkan semua perkhidmatan di KTMB, ia hanya untuk Tren Ekspres Antarabandar ke seluruh negara.
''Semua ini bagi tujuan kos operasi dan juga tujuan penambahbaikan perkhidmatan,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan Anugerah Operator Rel Terbaik oleh Asian Freight and Supply Chain Award (AFSCA) 2009 kepada KTMB di sini semalam.
Abd. Radzak berkata, langkah menaikkan kadar tambang itu terpaksa diambil bagi menampung kos operasi yang semakin meningkat dan bukan bertujuan mendapatkan keuntungan semata-mata.
''Kenaikan itu sikit saja dan tidak mendatangkan banyak keuntungan kepada KTMB, kita mengenakan surcaj tambahan tersebut kerana kos operasi syarikat semakin meningkat,'' jelasnya.
Abd. Radzak berkata, kadar surcaj tersebut akan dikenakan bagi tiket yang dikeluarkan pada 15 Jun atau selepasnya.
Katanya, kadar surcaj hanya akan dikenakan kepada penumpang yang mengambil tiket untuk koc kelas kedua dan pertama tempat tidur sahaja.
Bagaimanapun, katanya, tiket tempat duduk akan dikecualikan daripada kadar bayaran surcaj.
''Bagi penumpang yang mengambil tiket koc kelas kedua dan pertama, katil di bawah akan dikenakan RM3 manakala penumpang di katil atas pula RM2,'' jelasnya.
Dalam perkembangan lain, katanya, KTMB kini dalam proses menyiapkan landasan kereta api berkembar elektrik yang melibatkan Ipoh ke Padang Besar dan Seremban ke Gemas.
''Projek ini akan meningkatkan kualiti serta kecekapan pengangkutan awam bagi perjalanan menghubungkan Kuala Lumpur ke Gemas dan Kuala Lumpur ke Padang Besar, Perlis melalui hentian-hentian,'' ujarnya.
Beliau menegaskan, projek yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2012 akan dapat mendekatkan hubungan antara bandar lain dan Kuala Lumpur, sekali gus membawa kemajuan di kawasan di seluruh negeri.

kali pertama

Kuliah ini agak boring, tapi selepas ini mungkin ok kot. Apa yang diajar lambat difahami, mungkin selepas sarapan pagi perut dah kenyang baru boleh faham. Sekarang masih awal.
Selepas ini nak ke pasar beli keperluan dapur seperti dicatat dibawah
Senarai barang yang hendak dibeli:
  1. gula
  2. bawang
  3. beras
  4. sayur
  5. ikan
  6. daging
  7. udang

notis kepada semua pengguna